Kepimpinan Rasulullah SAW tidak bermakna kita berangan-angan Rasulullah SAW hidup semula untuk menyelamatkan kita tetapi yang dimaksudkan adalah teladan dan panduan Rasulullah SAW kepada kita yang apabila diterapkan akan menjadi penyelesai masalah. Firman Allah SWT:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الاٌّخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (TMQ al-Ahzab : 21)

Walau pun tajuk kertas kerja ini menyebut tentang umat Islam yang berbangsa Melayu tetapi ini tidak bermakna umat lain dikecualikan sebab Islam sebagaimana yang dipertegaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran adalah ‘rahmat ke seluruh alam’ yang bermakna Islam adalah penyelesaian bagi seluruh manusia termasuk orang-orang bukan Melayu mahu pun orang-orang bukan Islam. Masyarakat umpama kain yang ditenun dari benang, ikatannya sangat rapat antara satu dengan yang lain; maka menyelesaikan masalah satu kaum akan membawa pengaruh kepada kaum lain yang berinteraksi dengannya, lebih-lebih lagi bila peraturan yang diterapkan sama dan dikuatkuasakan secara tegas tanpa pilih bulu. Jadual di bawah menyenaraikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di alam Melayu dan permasalahan yang dihadapi oleh orang-orang Melayu itu sendiri tetapi mereka tidak menyedarinya.

Yang di Anggap Masalah Umat Islam alam Melayu

Masalah Yang Tidak Disedari Oleh Mereka

  • Kemiskinan/ tekanan ekonomi
  • Pengangguran
  • Mahalnya pendidikan
  • Ibu tunggal dan andartu
  • Masalah sosial: buang anak, dadah, lumba haram
  • Semangat belajar/bekerja rendah
  • Hilang ciri ketimuran: hilang sopan santun
  • Oleh kerana umat Melayu sedang merosot, maka Melayu mesti memberi tumpuan kepada Melayu sahaja
  • Kejahilan tentang Islam
  • Pandangan serong tentang dakwah
  • Bahaya materialistik
  • Perpecahan keluarga dan masyarakat
  • Gagal di dunia dan gagal di akhirat
  • Mencemar imej Islam sebagai ajaran terunggul bagi manusia
  • Keyakinan terhadap Islam sangat rendah
  • Mudah meniru gaya hidup Barat
  • Melayu adalah sebahagian dari umat Islam global dan oleh itu masalah tidak boleh dipersempitkan kepada orang Melayu sahaja.

Jika dikaji permasalahan yang dihadapi masa kini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan masalah yang dihadapi pada zaman Rasulullah SAW iaitu semasa masyarakat Jahiliyah menolak ajakan Rasulullah. Oleh itu tidak tepat jika ada yang mengatakan kaedah dakwah Rasulullah SAW tidak sesuai di zaman ini. Mereka tidak membezakan tariqah (kaedah) yang dipakai oleh Rasulullah SAW yang wajib digunakan oleh umat Islam pada hari ini dengan uslub dan wasilah yang boleh dipilih.

Oleh kerana dakwah adalah suatu kewajiban, maka wajib bagi kita memahami al-Quran sebagai manhaj amal dan kitab dakwah, sekaligus merupakan penjelas bagi as-Sunnah. Caranya dengan mengetahui sejumlah pembahas yang dibahas oleh al-Quran ketika di Makkah, dengan cara inilah sirah tersebut boleh diketahui. Dengan menganalisis surah-surah Makkiyah dan ayat-atatnya untuk mengetahui sejumlah pembahasan ini (Metode Dakwah Al-Quran, Sheikh Hafiz Soleh, h. 51, 52, 59) dan jika kita bandingkan dengan keadaan umat Islam pada hari ini, kita akan menemui hal-hal berikut:

Dakwah Nabi Ketika Menghadapi Masyarakat Jahiliyah di Makkah

Masalah Setara Yang Dihadapi Oleh Umat Islam di Alam Melayu

(1) Pembahasan Aqidah: Membuktikan kewujudan dan ayat-ayatnya dan keagungan Allah, membuktikan bahwa al-Quran adalah firman Allah dan membuktikan kenabian Muhammad dan Hari Kebangkitan Kelemahan aqidah di kalangan umat Islam yang kebanyakannya meyakini Islam tidak melalui proses berfikir telah menyebabkan ramai yang terpesong atau tidak bersungguh-sungguh untuk menunaikan perintah Allah SWT dan RasulNya.
(2) Perang Pemikiran: iaitu sanggahan terhadap pemikiran dan akidah kaum Musyrik Arab dengan beragam aliran mereka, sanggahan terhadap kaum Yahudi dan Nasrani dengan beragam aliran mereka, celaan terhadap tuhan-tuhan mereka serta penghinaan terhadap mimpi-mimpi mereka. Pemikiran Islam di kalangan umat Islam tidak cemerlang (mustanir) malah suka meniru terutamanya meniru pemikiran dan gaya hidup Barat yang bertentangan dengan Islam.
(3) Perjuangan Politik: menentang para pemimpin Kufur dan masyarakat. Politik dalam Islam bermakna mengambil berat tentang masalah masyarakat dan menyelesaikannya menurut Islam. Umat Islam tidak memiliki kefahaman yang jelas tentang perjuangan politik malah oleh kerana pemikiran sekularisme begitu kuat, ramai yang merasakan politik itu serupa dengan politik yang diamalkan oleh Barat. Oleh itu ramai yang merasakan politik adalah kotor dan menjauhinya atau tidak mempedulikannya. Mereka yang terlibat dalam politik pula kebanyakannya meniru politik Barat.
(4) Menentang berbagai bentuk interaksi yang rosak dan tradisi yang buruk. Umat Islam alam kebanyakannya tidak peduli tentang kerosakan masyarakat dan tradisi yang buruk kerana sikap pentingkan diri sendiri.
(5) Membangunkan keperibadian Islam. Keperibadian Islam di kalangan masyarakat ini semakin menipis.
(6) Kisah dan perumpamaan untuk meneguhkan hati Rasulullah SAW dan orang Mukmin, juga untuk menjelaskan kezaliman dan kesulitan yang mereka terima tidak lain merupakan hukum Allah sebagaimana generasi yang telah mendahului mereka, dan hukum Allah itu tidak akan pernah berubah. Tidak peduli tentang kehidupan Rasulullah dan sahabat serta zaman kegemilangan Islam selama lebih dari 1,300 tahun. Sebaliknya ramai yang lebih mengkagumi artis dan olahragawan. Ramai yang melihat kisah Rasulullah dan para sahabat tidak lebih dari cerita sahaja yang tidak dikaitkan dengan kehidupan seharian.

Dengan menganalisis surah Makkiyah (ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah), kita mampu merumuskan tahapan-tahapannya, serta berbagai pembahasan yang diperlukan dalam tiap tahapan, dan bagaimana tahapan-tahapan tersebut dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Siapa sahaja yang ingin terikat dengan kaedah al-Quran dan Rasulullah SAW, dia wajib menempuh tatacara yang sama, yang telah ditempuh oleh Rasulullah SAW (Metode Dakwah Al-Quran, Sheikh Hafiz Soleh, h. 62):

(1)      Menjelaskan ajaran yang dibawanya, dengan menjelaskan aqidahnya, sama ada keseluruhan mahu pun bahagian-bahagiannya, dasar-dasar dan perkara-perkara yang terbit dari dasarnya, sambil menyeru daya intelektual manusia, untuk menarik perhatian manusia terhadap keimanan kepada aqidah yang disampaikan kepada mereka, dengan uslub (gaya dan teknik) yang inovatif, dengan mengeksploitasi semua kemudahan dan peluang yang tersedia (selagi tidak bercanggah dengan Islam) untuk menjelaskan aqidah Islam, dan menjauhkan kekaburan yang melekat padanya.

(2)      Menampilkan kekeliruan pemikiran yang rosak dan aqidah yang batil, seperti ateisme, syirik, kekufuran dan khususnya pemikiran yang kabur, yang dianggap oleh sebahagian orang – sebagai akibat penyesatan – tetapi setengah orang Islam menganggapnya sebagai pemikiran Islam atau digali dari semangat Islam seperti Sosialisme, Demokrasi, Patriotisme, Nasionalisme dan lain-lain.

(3)      Di antara kesulitan utama adalah kepatuhan masyarakat kepada para pemimpin dan tokoh mereka, kerana itu wajib mengikuti kaedah yang ditempuh oleh Muhammad SAW dengan mendedahkan dan menjelaskan kepalsuannya.

(4)      Menjelaskan berbagai kerosakan yang ada di tengah masyarakat termasuk berbagai jenis interaksinya. Juga menjelaskan kerosakan hukum-hukum yang mengatur interaksi masyarakat yang mengheret mereka ke dalam berbagai kesengsaraan, serta menyebabkan negeri itu ditimpa kerosakan dan kehancuran.

(5)      Menyiapkan anggota tiap organisasi (kelompok) yang berusaha untuk memimpin ummat agar mereka – sesuai dengan taraf intelektual yang mereka kembangkan – memiliki cara berfikir (‘aqliyyah) dan berperilaku (nafsiyyah) yang Islami.

Kesimpulan

Satu kekeliruan di kalangan umat Islam ialah melihat Rasulullah SAW hanya sebagai suami, ayah atau datuk tetapi tidak melihat bahawa beliau juga berperanan sebagai pemerintah, hakim, dan panglima tentera. Oleh itu ramai yang membicarakan tentang satu aspek kehidupan beliau iaitu aspek keluarga manakala banyak aspek lain dalam kehidupan beliau khususnya usaha gigih beliau berdakwah kepada masyarakat dan perjuangan beliau menegakkan Islam diabaikan. Dakwah Islam mestilah dilakukan agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah Islamiyah dapat menjadi dasar negara dan dasar perlembagaan serta undang-undang kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar politik) yang melahirkan peraturan untuk menangani masalah manusia secara keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan lain-lain.

Allah SWT berfirman:

وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang menyerukan kebaikan (Islam) dan melakukan amar makruf nahi mungkar.” (Qs. Ali-Imran [3]: 104).

Amar makruf nahi mungkar adalah bagian dari dakwah Islam. Baik-buruknya masyarakat—salah satunya—bergantung pada dilaksanakan atau tidaknya amar makruf nahi mungkar. Imam al-Ghazali pernah berkata, “Sesungguhnya kegiatan amar makruf nahi mungkar adalah poros yang paling agung dalam agama. Kerana kegiatan inilah Allah mengutus para nabi seluruhnya. Seandainya umat Islam meremehkan amar makruf nahi mungkar, tidak mau memahami dan mengamalkannya, tentu akan berhenti keNabian  ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan menjadi hal yang lumrah, kerusakan akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri akan hancur, dan manusia akan binasa.” (Al-Ghazali, Ihyâ’ ‘Ulûm ad-Dîn, 2/306).

Apabila diberi wahyu, Rasulullah SAW menegaskan kepada isterinya bahawa tidak ada rehat baginya dalam berdakwah dan ini beliau benar-benar tunjukkan dalam kehidupannya. Dakwah dilakukan tidak hanya untuk mengajak orang masuk Islam tetapi kemudian membiarkannya memenuhi keperluan hidupnya dan membangun interaksinya berdasarkan kedaulatan hukum selain Allah SWT. Rasulullah SAW berdakwah di Makkah selama 10 tahun tetapi setelah itu beliau ke Taif untuk mencari dokongan fizikal bagi dakwahnya. Kenapakan beliau ingin mendapatkan dokongan itu? Rasulullah SAW berjalan menuju Taif dalam usaha untuk mencari dukungan (talab an-nusrah) dari Bani Tsaqif supaya mereka memberikan kepimpinan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Tanggapan dari Bani Tsaqif sangat mengecewakan. Rasulullah saw meminta mereka untuk merahsiakan penolakan mereka. Bani Tsaqif tidak sahaja menolak Rasulullah SAW, mereka bahkan mengerahkan orang-orang bodoh dan hamba-hamba untuk menghina dan mengusir beliau dari Taif. Rasulullah SAW berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabia’h. Itu semua tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berdakwah sehinggalah beliau mendapat kepercayaan dari penduduk Madinah yang bersetuju untuk menyerahkan kepempinan kepadanya.

Rasulullah adalah suri teladan kita. Marilah kita secara utuh dan menyeluruh mengikuti Rasulullah dalam menegakkan Islam. Hanya dengan cara inilah, kita akan dapat mengatasi bukan sahaja masalah orang Melayu tetapi masalah umat Islam secara keseluruhan. Kita tidak boleh hanya menjadi penonton sahaja atau menjadikan masalah umat Islam hanya sebagai bualan kosong tetapi kita mesti mengorak langkah menjadikan dakwah sebagai agenda utama kehidupan kita.

About these ads